X-Steel - Diagonal Resize 2

Friday, August 03, 2012

mengenali dan mencintai ALLAH



Kita tidak mampu untuk mencintai seseorang sebelum kita mengenali dan mencintai diri sendiri...tetapi kita tidak mampu untuk mengenali dan mencintai diri sendiri sebelum kita mengenali dan mencintai ALLAH.......^^

Monday, July 16, 2012

Sekadar perkongsian

Assalamualaikum...

Apa khabor rakan2 semua. Harap dalam keadaan sihat dan terpelihara iman. Dah lama kawe tak update blog ni udah bersarang gamaknya. Biasalah bila dh disibukkan dengan kesibukan harapan la nk bkk blog ni. Takpa,semua 2 hal2 dunia je.Bisa diaturnya. Alhamdulillah, minggu lps tmn dpt ddk semeja dgn para artis. Byk jgk yg tmn bualkan. Artis 2 mmg byk berubah. Mcm tak sangka dgn perubahan pd mereka. Nak tahu sape artis 2 nt try search AlMawlid nt jmp lah sape dia artis yg tmn mksdkan 2. MasyaAllah, mcm tak prcya je. Diorang berckp ttg agama dh mcm ustaz. Semua 2 kuasa Allah swt. 

Seperti dalam Surah AlBaqarah ayat 216, yg bermaksud: tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dari boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mngetahui.

Kadang2 kita terleka dengan cintakan dunia, cintakan makhluk .Tapi kita tidak sedar bahawa ada yg lbh utama iaitu cintakan Allah dan cintakan Nabi Muhammad SAW. Jika kita cintakan hal2 dunia, mgkn kita akan hanyut. Apa gunanya jika kita ada 2-3 gulung ijazah dr luar negara tapi solat pon kita tidak pnh. Mcm mna kita nk didik anak2 kita nt. Jgn terlalu menyibukkan diri dgn hal2 dunia. Setiap orng ada melakukan kesilapan. Dalam diri kita ni carilah kehidupan yg diredhai Allah. Agar ape yg kita bt dlm khdpn kita sebagai amalan yg mendpt ganjaran Allah swt. Tmn minta maaf la dgn ape yg tmn tulis ni,tak la bpe mantop sgt. Tmn pon masih dlm proses belajar utk mncri redha Allah swt. Ape yg tmn tulis ni perkongsian dgn artis tersebut. Ada byak lg yg dikongsi oleh artis tersebut n byk jgk yg tmn mnanyakan kpd mereka. Macam mna mereka boleh berhijrah, mcm mna kehidupan mereka selepas berhijrah dll. Pesanan seorang drpd mereka kpd tmn: kalau la dia betul2 mencintai Nabi Muhammad SAW cba tgk ape yg ada dlm poket bju n seluar dia????????? Fikir2 la ye. InsyaAllah kamu akan temui jwpnnya..:) Ni sahaja yg dpt tmn kongsikan dgn kalian yg membacanya. Nak tulis pnjng2 pon tmn ni bkn la pandai nk ulas mcm2. Ilmu pon dak tinggi mna. Tp ape yg tmn blh kongsi tmn akan kongsi. Moga apa yg tmn kongsi ni manfaat bt kalian semua. Yg baik semuanya drpd Allah Swt n yg buruknya dr diri sy sendiri......:)

HALWA Telinga:...:)


Sunday, May 13, 2012

SUDI??


Satu ketika aku bertanya..

sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar

sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman 

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika kau menjawab...
Ya, sudi..
Kerana aku pilih kamu kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..

Tetapi,
kau kembalikan soalan ini kepadaku..

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu?


Aku percaya..kau masih sudi..
Kerana Aku pilihanmu kerana ILAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.


1389.JPG

Monday, May 07, 2012

Mencintai / Memiliki

COPY and PASTE:

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya


Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.

“Mencintai tak semestinya memiliki”

Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.

Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.

Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.

Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,

Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ya ALLAH tlglah hambaMu yg lemah ini...
Berilah kekuatan utk aku menempuhi segala rintangan yg telah Engkau berikan..
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.



Monday, April 30, 2012

PoPulAr????

Perlu ke kita nak jd Popular???
Untuk apa??? Kenapa??? Sebab apa???

Maybe utk dpt perhatian kot...
.
.
.
.
.
Bila ditanya, semua artis kenal, pemain bola sepak kenal tak kira dalam negara atau luar negara. 
KENAL SOKMO 
.
.
TAPI
Bila ditanya hangpa kenal tak mana2 ustaz. Kenal. Itu pon yang selalu keluar dalam TV. Yg ada dekat dgn kita tak kenal pon. Takpela sekurangnya kita kenal jgkkn. 
.
.
.

Fikir-fikirkan lah.
Kita semua ada akal untuk berfikir.
 Kita juga dapat membezakan yang mana buruk dan yang mana baik.
Mana yang baik kita jadikan sebagai panduan.
Mana yang buruk tulah kita jadikan sebagai sempadan. 
Buang yang keruh ambil yang jernih. 
Tak salah kita nak jadi popular. 
Asalkan tidak lupa pada Agama dan juga diri sendiri. 


JOm perabih baucer buku...~lalala~


Saturday, April 14, 2012

rezeki masing2..^^


Assalamualaikum....alhamdulillah esemen pon tinggal skit lg nak bt..macro teaching pon dh selesai...terima kasih kpd student SK IPGM,Perlis sbb membantu dlm menjalankan macro techng ni...sem ni baru ak blja pedagogi sbjk major ak.. 1st time masok kelas agak cuak la jgk.. kna mengajar ekot rph katakan.. takot terlupa langkah2 dlm rph ni...bkn senang tau. rmai yg egt jd cg ni senang...jd cg ni byk cbrnnya...nak hadapi anak2 murid yg pelbagai rgam n perangai... nak ke tidak cg2 ni la yg kna hadapi dlu anak2 murid ni...

Tiap2 org ada rezeki msng2 n haluan masing2... aku dlu pon tak bercita2 nk msok sni.. ak mnt lg ngn engineering.. tp dh takdir menentukan ak msok sni...bila pk blik..mmg syok jd engineer..mak n ayh aku pon berhrp ak msok u..upnm dah p...uitm aku tolak...kdng2 bnda yg kita nak 2 tak semestinya kita akan capai....tp bnda yg kita tak nak 2 la yg akan kita capai...

Alhamdulillah..aku seronok ngn plihan aku ni..aku tak mnyesal ngn pilihan aku ni..mula2 ada jgk rsa bersalah.. lama kelamaan ok dah...walaupun kwn2 aku ramai yg ambik bdng engineering ni...aku minta maaf sbb takdpt follow hgpa...hgpa semua dh nk abis dh...lps ni jgn lupa plk smbung blja lg ye...aku doakan hgpa semua berjaya dgn bidang engineering.nt jgn lupa ak na... 


Saturday, April 07, 2012

kerja2...

Assalamualaikum......
Lama dah tak update blog ni....
maybe bz dgn mcm2 hal kot....KOT,BIG,SBE,Projek RBT, esemen dan mcm2 lagi....
semua 2 tanggungjawab...orang dh pilih kita kita kenalah tunaikan.....amanah 2....^^

Alhamdulillah apa yang dipertanggungjwbkn akhirnya berjalan dengan lancar...
Kawad KOT KRS dpt johan....
Kertas kerja BIG setel...maklum la jd SU..pnt la skit...dh selesai pon BIG...
SBE pon dh setel...tinggl antar fail je..
Projek RBT pon baru je siap smlm....kul 1 pg pon tgh dok mnjahit...patot org tua tak bg jhit malam2 ni....hehe
esemen tgl RBT je lg....
Exam coming soon...
Dalam kita kejar hal2 dunia ni jgn pulak tglkn hal akhirat tau....^^ nt bt kerja pon tak tenang...


Geng KRS
7 sekawan
BIG III....
Setel jgk..^^


Time sbe..active jgk bdk2 ni..
.tmpt cg abis depa sapu...^^

bkn senang nk jhit baju ni...
tak caya tnya tailor2 kt Malaysia ni...
mcm2 keje nk kna bt..
.jgn perlekeh pekerjaan Tailor ni..
takda tailor takda la bju yg kita pakai la ni...

Kepada sahabat2 tq coz help me n give support 2 me...without frend i can't do this alone....
syukran kathir....

TANPA KAMU SIAPA LA AKU....

walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light....

jgn lupa study na...exam nak dekat dh....^^

Saturday, March 10, 2012

(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅​()ڪے


Bukan Amalan ISLAM... Nak Tahu Kenapa?


Sebabnya :

 ✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
 ✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
 ✔ Menyalakan api adalah kesukaan SYAITAN...!
 ✔ Membazir adalah amalan SYAITAN...!
 ✔ Merosakkan kesihatan diri, ditegah ISLAM...!


 SAUDARA - SAUDARIKU SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....

 Hidup lebih sihat tanpa merokok...Alhamdulillah.. hargailah nyawa anda & nyawa insan yang tersayang ... Mereka amat memerlukan anda



INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG ^^

Sunday, February 05, 2012

Classmateku


UKHWAH FILLAH....



JOM selawat.....



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Friday, January 27, 2012

21

Assalamualaikum...

Bertemu kembali setelah lama tak memyibukkan diri dlm blog ni.....Dh 21 ak hidup di muka bumi ni..Alhamdulillah dgn kurnian drpd Allah kpd ak....aminnnn....

Tp semakin meningkat usia kita ni tak bermakna kita blh leka dgn dunia...semakin usia kita meningkat semakin kurang jngka hayat kita...oleh itu kita knalah byk beringat ttg kehidupan di Akhirat....kehidupan di dunia kita kejar seiring dgn kehidupan di akhirat..InsyaAllah.....pilih la jln yg betul...


Moga2 dgn kedatangan usiaku yg ke21 ni dpt mnjadikan aku seorang yg matang dan seorang muslim yg soleh...
Tetapkan iman aku supaya tak jauh dari agamaMU...
Agama 2 bukan utk dianuti tp utk dipeluk.. aku akan sedaya upaya utk memeluk seeratnya agama Islam ni, supaya tak akan terlepas dari pelukan aku...InsyaAllah...amin...




Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab 

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...