X-Steel - Diagonal Resize 2

Sunday, May 13, 2012

SUDI??


Satu ketika aku bertanya..

sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar

sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman 

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika kau menjawab...
Ya, sudi..
Kerana aku pilih kamu kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..

Tetapi,
kau kembalikan soalan ini kepadaku..

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu?


Aku percaya..kau masih sudi..
Kerana Aku pilihanmu kerana ILAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.


1389.JPG

Monday, May 07, 2012

Mencintai / Memiliki

COPY and PASTE:

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya


Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.

“Mencintai tak semestinya memiliki”

Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.

Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.

Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.

Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,

Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ya ALLAH tlglah hambaMu yg lemah ini...
Berilah kekuatan utk aku menempuhi segala rintangan yg telah Engkau berikan..
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...